10 August 2018
LAMA TAK BERLAKON - PUTERI BALQIS TERUJA KEMBALI
Setelah sekian lama tidak beraksi di depan kamera selepas disahkan menghidap barah pada awal Julai lalu, pelakon kanak-kanak Puteri Balqis Azizi, 11, meluahkan rasa teruja apabila dapat kembali ke set penggambaran, hari ini.
Ibunya, Norashikin Mohd Aziz mengesahkan pelakon itu sudah mendapat kekuatannya semula bagi meneruskan kerjaya lakonan.
"Balqis sangat rindu untuk kembali ke set, maklumlah itu jiwa dia kan. Kami tidak paksa tapi dia sendiri yang nak dan kami 'okay' saja dengan keputusannya.
Klik untuk gambar besar
"Hari ini adalah hari pertamanya kembali berlakon selepas kesihatan beransur pulih. Dia sebenarnya masih dalam proses rawatan lagi namun keadaannya sekarang semakin bertambah baik.
Alhamdulillah, dia masih diberikan kekuatan dan semangat untuk kembali bekerja," katanya yang sebelum ini mengesahkan Balqis menghidap barah selepas pelakon itu memuatnaik gambarnya sedang memakai topeng muka di Instagram.
Terdahulu, pelakon cilik itu berkongsi kegembiraannya kembali menjayakan penggambaran di Instagram untuk satu program TV: "Rindunya 'shooting'. Hari pertama penggambaran selepas lama berehat.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment