11 August 2018

BEKAS VOKALIS PANJI DERITA HEPATITIS C - ISTERI MOHON BANTUAN


"Saya sudah tidak berdaya lagi untuk bekerja dan untuk berbual juga sukar, kalau boleh memang hendak segera sembuh tetapi doktor maklumkan hati saya gagal untuk berfungsi.





"Doktor kata saya perlu menjalani satu lagi pemeriksaan lanjut pada 20 Ogos ini, kini saya disahkan mengalami hepatitis C dan kegagalan hati untuk berfungsi dengan baik," kata bekas vokalis kumpulan Panji, Mohd Rafi Ibrahim selepas doktor mengesahkan dirinya menghidap Hepatitis C.

Mohd Rafi yang lebih dikenali sebagai Opie, 48, yang tidak mampu bercakap lama dan hilang kudrat untuk bergerak kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Opie sebelum ini dikejarkan ke HTAA selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berehat di rumah mereka di Indera Sempurna, Sabtu lalu.

Beliau yang sebelum tidak sedarkan diri dan dirawat di wad kecemasan HTAA, kini boleh berinteraksi dan berbual bersama mereka yang melawatnya namun tidak mampu bercakap untuk tempoh lama.



Opie yang berasal dari FELDA Jerangau, Terengganu pernah popular dengan album 'Senang' pada tahun 1993 hingga tercalon untuk anugerah 'Artis Baru Terbaik' (Berkumpulan) pada 'Anugerah Industri Muzik 1993'.

Penyanyi yang popular dengan 'lagu Kasih Yang Tidak Pasti' mengakui dirinya sudah tiga bulan tidak bekerja sebagai tukang paip kerana menderita penyakit itu dan mengharapkan ihsan saudara terdekat.

Untuk makluman, Opie mendirikan rumah tangga dengan Suhailiza Ahmad, 42, sejak 11 tahun lalu dan mempunyai enam anak, termasuk tiga yang masih kecil dan bersekolah.

Sementara itu, Suhailiza berkata, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh dihulur ke nombor akaun Suhailiza Ahmad 06019021080458 Bank Islam atau menghubunginya di talian 019-9447083.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: