11 August 2018

CHEF NAEM (HERO OVEN 2016) SELAMAT NIKAHI ANGGOTA POLIS


Tahniah kami ucapkan kepada bekas juara Hero Oven 2016, Chef Naem yang telah sah menjadi suami kepada pegawai polis, Nurul Syazwani Zulkaffli, kira-kira jam 5 petang semalam dengan sekali lafaz.





Difahamkan, majlis akad nikah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Bahau, Negeri Sembilan.

Pada majlis itu, Naem atau nama sebenarnya Muhammad Naim Ramli menyerahkan wang hantaran berjumlah RM10,000 dan mas kahwin RM200 kepada Nurul Syazwani. Pihak pengantin lelaki juga menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh.

"Majlis nikah kami dibuat kecil-kecilan saja, dengan kehadiran kira-kira 200 orang terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, saya dinikahkan imam masjid di Bahau. Mungkin sebab selalu berlatih, saya berjaya melafazkan akad sekali saja.

"Lucunya, saya melakukannya dengan agak laju kerana terlalu gementar. Mujurlah tepat dan sah juga," katanya berseloroh.

Naem dan isterinya mula berkenalan pada awal 2016 dan mengikat tali pertunangan pada 25 November tahun lalu.



"Kami berkenalan menerusi media sosial. Alhamdulillah, tak sangka ia kekal hingga kami berkahwin," kata personaliti televisyen itu.

Pasangan ini akan diraikan sekali lagi di sebelah keluarga pengantin lelaki pada 16 September depan di ibu kota.

Dalam perkemabangan lain, Naem bakal mengendalikan program 'Dapur Panas' musim baharu di TV3, tidak lama lagi.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: