18 August 2018

BILA REMAJA 18 TAHUN AJAK FASHA KAHWIN


"Pagi-pagi Jumaat budak 18 tahun dah ajak saya kahwin... Haih. Apa pun terima kasih sebab ada keinginan nak kahwin dengan kakak yang dah tak berapa muda ni dik oiii.





"Adik... baru 18, jangan la ajak kakak kahwin. Belajar dulu OK. Tolong keluarga awak dahulu," demikian kata pelakon Fasha Sandha yang berkongsi komen seorang pengikutnya yang secara terbuka meluahkan hasrat untuk menjadikan dia sebagai isteri.

Tidak mengambil serius mengenai komen itu, Fasha sebaliknya berterima kasih kepada remaja berusia 18 tahun itu kerana mempunyai keinginan untuk berkahwin dengannya.

Klik untuk gambar besar


Fasha kini sedang berkawan rapat dengan aktor Aidil Aziz dan pelakon itu memberitahu mereka sudah bertemu keluarga kedua-dua belah pihak.

Aktres itu memberitahu mereka berkawan baik sejak Aidil, 31, bergandingan dengannya untuk sitkom 'Mamu Mami Gosip' pada awal tahun ini.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: