18 August 2018

"WAIT FOR ME DADDY" - LUAH ANAK AZMIL MUSTAPHA


"6 months & 2 days, wait for me daddy ❤️," demikian kapsyen anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman pada satu foto kenangan bapanya itu ketika menunggang kuda yang menggambarkan dia sangat merindui bapanya itu.





Dalam status yang dimuatnaik kelmarin, netizen turut memberi komen sedekah Al-Fatihah buat arwah Azmil.

Kehilangan orang tersayang memang cukup dirasai sesiapa saja apatah lagi perasaan itu dikongsi anak kepada pelakon yang cukup popular menerusi filem 'Ali Setan' yang terus merindui bapanya itu.

Allahyarham Azmil meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor pada 14 Februari lalu.

Pemergian pelakon itu turut dirasai ramai rakan artis terutama pelakon Fauziah Ahmad Daud yang pernah sama-sama berlakon dengannya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Instagram Alya Iman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: