17 August 2018

BILA SYATILLA LIHAT DRIVER BAS DIBELASAH DEPAN MATA


"Pada mulanya, saya ingatkan ada penggambaran. Selepas itu, tengok macam pukul betul-betul saja. Teruk juga dia kena belasah.





"Rupa-rupanya apabila buka Instagram, tengok dah viral kes itu," kata pelakon Syatilla Melvin, 27, yang sempat merakamkan kejadian pemandu bas RapidKL yang merempuh tujuh kenderaan dan dibelasah orang ramai.

Syatilla berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari Hospital Ampang dan telah menyaksikan satu kejadian yang disangkanya penggambaran drama di sebuah persimpangan lampu isyarat bawah jejambat laluan MRR2.

"Semalam (Khamis) masa perjalanan pulang dari Hospital Ampang, saya lalu kat bawah jejambat MRR2. Sementara tunggu lampu hijau, dengar orang jerit-jerit dan berlari laju beramai-ramai depan kereta.

Klik untuk gambar besar


"Tak sampai beberapa minit, kelihatan seorang lelaki jatuh kemudian orang ramai belasah dia," jelasnya ketika dihubungi mStar.

Pelakon drama 'Shah Vs Sha' itu memuatnaik video rakaman itu menerusi laman Instastorynya pada Khamis dan kejadian tersebut telah tular di laman sosial.

Sebanyak tujuh kenderaan rosak teruk selepas dirempuh sebuah bas henti-henti dipandu seorang lelaki yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan di hadapan bangunan Risda di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.



Kata Syatilla, ketika itu dia berasa gementar kerana insiden pemandu bus dibelasah berlaku di tepi keretanya.

"Gementar la sebab betul-betul tepi kereta saya. Takut mereka ada parang atau pistol saja. Orang yang tengah marah ini tak boleh fikir apa dah, kang tak pasal-pasal kena kita," tuturnya.

Pemandu bas henti-henti milik RapidKL itu telah ditahan polis di Hospital Ampang bagi membantu siasatan.

Pemandu berkenaan yang disyaki cuba melarikan diri itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan masih lagi menerima rawatan di hospital berkenaan.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: