17 August 2018

PELAKON 'SEJUTA RASA UNTUK ADELIA' SAHKAN NIKAH AHAD INI


Nampaknya tanda tanya mengenai tiga keping gambar dalam persalinan baju perkahwinan beserta satu tarikh yang dianggap begitu istimewa iaitu 19 Ogos 2018 dimuatnaik oleh penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha akhirnya terjawab.





Muatnaik tersebut telah membuatkan peminatnya terkejut kerana sebelum ini Daiyan tidak pernah dikaitkan dengan gosip cinta.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi peminat. Antaranya, ada yang menyangka ia hanya gimik sebelum pelancaran lagu baharu Daiyan dan juga peminat yang mengucapkan tahniah kepada pelakon berusia 25 tahun itu.

Bagaimanapun, menurut satu panggilan telefon yang dibuat oleh seorang penyampai radio Era iaitu Raden, Daiyan sendiri mengesahkan tarikh berkenaan adalah tarikh pernikahannya.

Klik untuk gambar besar


"Betul saya akan bernikah. Bagaimanapun, kami tidak bertunang," katanya yang popular menerusi filem 'Busker' dan drama rantaian 'Sejuta Rasa Buat Adelia'.

Bagaimanapun, Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin enggan mengulas bakal calon suami akan dinikahi.

Ditanya mengenai lelaki pilihan hatinya itu kata Daiyan, bakal suaminya memiliki sifat ceria dan baik hati. Itu antara faktor dia menerima lelaki terbabit dalam hidupnya.






www.myartis.com / Sumber: Kosmo & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: