17 August 2018

INFO SANA-SINI - SENTUHAN SEMULA 'BAJU BODO' SALOMA


"Allahyarham Saloma (ibu saudara) menjadi insiprasi saya dan dia sangat meminati fesyen dan salah satu busana pilihannya adalah baju bodo yang merupakan pakaian tradisional Bugis.





"Baju bodo ini menggunakan kain yang jarang selain bahagian hujung kain perlu dipegang si pemakai dan saya perlu mengubahnya ikut kesesuaian fesyen masa kini," kata Siti Haslinda Abdul Hamid, anak saudara kepada biduanita negara, Allahyarham Puan Sri Saloma.

Siti Haslinda berkata, bagi mempopularkan semula busana itu, dia ingin membuat rekaan berdasarkan ciri fesyen tersebut dengan sedikit pengubahsuaian agar sesuai dengan generasi masa kini.

Busana bercirikan baju bodo yang sering digayakan oleh Allahyarham Saloma bakal diberikan nafaz baru semula.

Untuk makluman, Siti Haslinda ialah anak seniwati legenda Allahyarham Mariam Ismail yang lebih dikenali Mariani, iaitu kakak Saloma atau nama sebenarnya Salmah.

Shasha berkata ketika ini dia perlu melalui beberapa peringkat pengubahsuaian agar ia mudah di pakai dan kemas sebelum boleh memasarkan di pasaran tempatan.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: