17 August 2018

VIDEO: JADI BUALAN LAGI - KALI INI IZREEN SUAP SUAMI


Kisah pelakon Izreen Azminda dan suaminya pemuzik bebas, Ude Wahid menjadi perhatian dan bualan netizen sekali lagi walaupun kontroversi melibatkan bekas madunya, Intan Liana sudah pun reda.





Kali ini Izreen memuatnaik video menunjukkan aksi suaminya yang begitu 'manja' sehingga makan pun mahu isteri tercinta suapkan.

Namun seperti biasa video tersebut dikritik oleh netizen yang mengatakan Izreen sengaja meraih perhatian dan mahu menunjuk kemesraan mereka suami isteri.



Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa menyampah dan meluat. Maklumlah, masyarakat Malaysia terutama golongan wanita memang pantang mengenai isu perampas.

Bagaimanapun, mungkin sudah masak dengan perangai netizen, sehingga kini Izreen masih lagi menutup ruangan komen.

Kalau ikutkan tiada salahnya untuk Izreen kongsikan aksi mesra mereka, namun mungkin netizen sendiri masih tidak boleh lupakan kontroversi mereka sebelum ini.


KLIK UNTUK TONTON AKSI IZREEN SUAP SUAMI



www.myartis.com / Sumber: Twitter intanmohamadx


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: