28 August 2018

BUAT HAL LAGI - IQRAM DIKECAM KOMEN DADA UQASHA


Kelakuan 'aneh' pelakon Iqram Dinzly pada tahun lalu telah mencetuskan kontroversi dan menjadi perhatian ramai netizen.





Dek kerana itu kata Iqram, dia mahu berubah dan ramai lega melihat perubahannya yang kini lebih positif dan tidak lagi seperti dahulu.

Namun, baru-baru ini nama Iqram sekali lagi menjadi bualan dan kecaman netizen apabila meninggalkan komen berbaur lucah di foto poster Uqasha Senrose yang membawakan watak wanita bunian cantik dalam filem 'Hantu Kak Limah'.

Seperti sudah dijangka, komen tersebut mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang menggelar Iqram seorang yang biadap, serta mengatakan dia masih lagi belum 'pulih' sepenuhnya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanpun menurut Iqram, dia bukan mahu bertindak biadap tetapi sebenarnya dia mengagumi tranformasi dilakukan oleh Uqasha yang dilihat berjaya membawakan watak tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Iqram mahu meraih perhatian ramai selepas sekian lama mendiamkan diri berikutan isu kontroversinya sebelum ini.

Iqram dan Uqasha sememangnya berkawan baik daripada dahulu dan mereka berdua sudah memahami perangai antara satu sama lain. Malah, Uqasha sedikit pun tidak terkesan dengan komen Iqram.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: