28 August 2018

"BENDA BAIK TAK PAYAH TIPU" - RAJA ILYA NAFI KAHWIN GIMIK


Sebelum ini, pelakon Raja Ilya mendedahkan yang dia bakal berkahwin dengan seorang usahawan kelahiran Perth, Australia, November tahun hadapan (2019).





Bagaimanapun, berita perkahwinannya itu dianggap gimik oleh netizen, namun Raja Ilya menegaskan pendedahan hubungan cintanya dengan jejaka yang diperkenalkan sebagai TWG bukan satu gimik.

Malah, mereka serius dan telah mula membuat persiapan menjelang hari bahagia yang dijangka berlangsung tidak laman lagi itu.

"Tak! Tak! Ini bukan gimik. Sebab benda baik tak payah nak tipu-tipu. Saya pun rasa tak perlu nak buktikan apa-apa sampai perlu letak gambar di media sosial.

Klik untuk gambar besar


"Pendirian kami sama, dia pun tidak pernah mendedahkan identiti saya sepanjang perkenalan enam tahun. Ada sesetengah orang akan mendoakan untuk kebaikan kita, ada juga yang akan caci-maki.

"Jadi, lebih baik kami menjaga hubungan ini baik-baik. Perancangan kami, apabila sudah berkahwin nanti barulah kami akan dedahkan foto masing-masing. Selagi belum sah, kami akan simpan. Yang penting bukan gimik!" katanya.

Untuk makluman, Ilya dan TWG berkenalan sejak enam tahun lalu dan mulai serius beberapa bulan lalu selepas dilamar menerusi sepotong puisi.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: