31 August 2018

DIKATA TIADA WANG, TERDESAK - AISHAH RASA SEDIH


"Saya menangis sedih kerana masyarakat kita mudah menjatuhkan hukum. Di mana keadilan kerana saya mangsa dan orang yang ditipu, tetapi saya juga yang kena kecam. Sudah banyak kali saya terangkan saya bukan mahu jual tetapi ubah suai pada saiz kecil.





"Ikutkan rantai itu sudah pun menjadi hak saya, terpulang saya mahu melakukan apa sahaja termasuk jika ingin menjual rantai tersebut," kata penyanyi Aishah yang ditanya perasaannya apabila dikecam dan dikatakan tiada wang sehingga terdesak ingin menggadaikan rantai itu.

Dalam pada itu, ramai yang menyelar tindakan penyanyi lagu 'Janji Manismu' ini kerana rantai itu hanyalah hadiah tambahan.

"Memang ia hanya hadiah tambahan tetapi perbuatan menipu itu tetap salah. Bayangkan anda diberi bonus oleh majikan tetapi menggunakan wang palsu, apakah perasaan anda? Sama situasinya dengan saya," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Ditanya mengapakah dirinya sanggup mengambil risiko mendedahkan hal ini kepada umum, Aishah memberitahu yang dia tidak mahu perkara itu berulang dan penipuan ini bermaharajalela dalam industri seni.

"Sebagai penyanyi senior, saya harus bersuara kerana tidak mahu perkara yang sama berulang kepada artis lain. Saya juga tidak mahu penipuan seperti ini bermaharajalela dalam industri seni.

"Besar harapan saya agar isu yang dibangkitkan menjadi pengajaran, bukan sahaja kepada artis tetapi pihak stesen televisyen supaya memperketatkan lagi soal penajaan dalam program mereka.



Meskipun pendedahan ini membahayakan karier seninya sendiri, Aishah berkata dia telah fikir dengan mendalam selama hampir setahun.

"Pihak Astro juga telah mengambil sikap berkecuali dalam isu ini dan jika begitu, tiada sebab untuk saya digam.

"Malah, saya telah mendapat jemputan untuk menghadiri Gegar Vaganza 5 pada 30 September ini. Soal kerjaya, sebelum ini sudah lama saya digam kerana politik, sudah terbiasa kerana percaya rezeki Allah ada di mana-mana. Sekarang sudah tiba masanya untuk saya perjuangan nasib anak seni pula," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: