31 August 2018
VIDA SEBUT HARGA - ALIFF SYUKRI ANGGAP TAK WAJAR
Nampaknya isu antara penyanyi Aishah dengan Datuk Seri Vida belum berkesudahan dan kali ini Datuk Seri Aliff Syukri pula berpendapat Vida selaku penaja Gegar Vaganza 4 (GV4) tidak wajar menyebut harga rantai yang diberikan kepada pemenang rancangan tersebut.
Menurut Aliff, jika ia hanyalah hadiah tambahan adalah lebih baik penaja tidak menyatakan harga dan nilai kerana ia boleh disalah anggap orang ramai.
"Saya rasa seelok-eloknya kalau hadiah tambahan tidak disebut harga kerana bimbang timbul masalah di kemudian hari.
"Semasa saya menaja beberapa program hiburan, saya ada juga beri hadiah peribadi tapi tak sebut harga dan kalau beritahu harga sekalipun saya akan cakap dengan nilai yang sebenar.
Klik untuk gambar besar
"Secara peribadi untuk kes DSV ini saya tak mahu komen lebih kerana tak tahu apa masalah beliau dan kena dengar cerita kedua-duanya dahulu," katanya yang turut meminta Vida dan Aishah duduk berbincang secara profesional.
Sebelum ini, Aliff pernah menaja beberapa program hiburan antaranya AF Megastar, Gempak Superstar dan Dai Pendakwah Milenia.
Dalam pada itu, Aliff Syukri mengakui terkejut apabila mengetahui mengenai kontroversi ini. Bagaimanapun, dia lebih selesa mengambil sikap berkecuali dan meminta mereka berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
"Sejujurnya, saya terkejut apabila mendapat tahu tentang hal ini dan tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak kerana saya kenal mereka berdua.
"Nasihat saya lebih baik mereka duduk berbincang serta selesaikan dengan cara profesional dan jangan hanya berlawan melalui media.
"Jangan biarkan isu ini terus berlarutan kerana ia tidak membawa kebaikan, masing-masing ada peminat dan tak mahulah perbalahan berpanjangan," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment