31 August 2018

TERPISAH 40 TAHUN - KAKAK SAIFUL APEK MENINGGAL DUNIA


"Kakak sulung sy (kandung seBapa, lain Ibu) telah pulang ke Rahmatullah pd 25/8/2018 (Sabtu lepas) 3pm & telah selamat dikebumikan di Bukit Hijau, Baling," demikian tulis pelawak Saiful Apek yang berkongsi rasa sedihnya apabila kehilangan kakak sulungnya, Fatimah Be Hussain pada Sabtu, 25 Ogos lalu.





Selain itu menerusi entri yang sama di laman Instagramnya, Apek telah merakam kembali momen bersama Allahyarham kakaknya itu yang terpisah 40 tahun lalu.

"Setelah berpisah hampir lebih 40 tahun, b'jumpa buat kali pertama semasa sedang promosi filem di Penang lebih kurang 10 tahun dulu (2007/2008).

"Ketika itu sy sdg berada di dalam kanopi belakang pentas dlm sebuah mall, bila sy diberitahu oleh seorang guard, ada seorang perempuan berumur teringin nak jumpa & katanya dia Kakak sulung sy," ceritanya.

Apek memberitahu pada awalnya dia turut terfikir mengenai sejak bila dia mempunyai kakak memandangkan situasi berlaku dengan pantas ketika itu.

"Mula2 terfikir gak, sy ni yg paling sulung & mcmna plk sy boleh ada Kakak? Sy pun minta guard tu bawak masuk & terus beliau menerpa memeluk sy dlm keadaan teresak2, hingga kena tunggu hampir 15 minit utk tenangkan keadaan sbb tak dapat nak faham ape yg dicakapkan dlm keadaan yg sebegitu.

Klik untuk gambar besar


"Akhirnya diceritakan situasi & siapa dirinya yg sebenar. Lepas tu, sy plk yg peluk sambil menangis teresak2 & Kak Long sy yg t'diam sambil pujuk & tenangkan sy plk.

Hero filem 'Cicakman' ini turut memaklumkan, kali terakhir dia bersua dengan arwah kakaknya itu sekitar dua tahun lalu dalam keadaan kurang sihat.

"Selepas pd tu, dapat b'jumpa beberapa kali & kali terakhir jumpa 2 tahun lepas, dlm keadaan beliau tidak berapa sihat. Apa yg boleh sy perkatan di sini, "tiada kejadian yang dijadikan kebetulan".

"Mohon halalkan hutangnya, maafkan kesalahannya, doakan yg baik2 & sama2 hadiahkan Surah AL FATIHAH buat ALLAHYARHAMAH Fatimah Be binti Hussain," kongsi panjang lebar.

Takziah kami diucapkan buat Apek sekeluarga dan emoga roh Arwah Fatimah dicucuri rahmat, Al-Fatihah.




www.myartis.com / Sumber: Instagram Saiful Apek


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: