31 August 2018

ZARINA ANJOULIE BUKA TUDUNG DI KELAB MALAM?


Nama Zarina Anjoulie sebelum ini menjadi bahan kecaman netizen kerana tindakannya memuatnaik tulisan menghentam pakar buah pinggang Dr Rafidah Abdullah berhubung produk yang dijualnya.





Terbaru, gambar pelakon yang dikenali dengan drama 'Anak Pontianak' itu telah dimuatnaik ke laman Instagram oleh kawan baiknya, aktres Fathia Latiff.

Menerusi gambar tersebut, Zarina dilihat tidak mengenakan tudung dan berpakaian jarang, dan pinggangnya dipaut oleh penyanyi muda Ismail Izzani dan edua-dua selebriti itu dipercayai mengunjungi sebuah kelab malam.

Fathia menyebut nama akaun Ismail Izzani dan meminta remaja itu menghubungi Zarina, yang merupakan kawan baik Fathia.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Fathia telah memadam gambar tersebut dari akaunnya apabila mula dihujani komen menghentam Zarina yang tidak bertudung dan berpakaian seksi. Malah kini, Fathia juga telah menutup komen di Instagramnya.

Walaupun begitu, untuk seorang selebriti, apa yang dimuatnaik di media sosial akan kekal di Internet selamanya.

Gambar itu sempat disalin oleh seorang pengguna Twitter yang memuatnaik salinan itu dua jam lepas dengan komen, 'caught you (tangkap awak)'. Sehingga kini, ia telah diretweet lebih 400 kali.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Zahirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: