31 August 2018
GAYA TURBAN - YUNA DEDAH DIKRITIK TERUK, DIMALUKAN TV
"Ketika mula-mula saya memakainya sejak lima tahun lalu tidak banyak wanita Melayu yang mengenakan gaya sama dan saya pernah mendapat pelbagai kritikan daripada orang ramai termasuk komen berunsur perkauman dan seksis.
"Ia sukar tetapi saya tidak mengalah - turban adalah lapisan lain kepada identiti saya dan saya gembira tidak termakan dengan aura negatif," tulis penyanyi Yuna yang mendedahkan gaya turban yang menjadi identitinya sejak lima tahun lalu adalah antara kritikan paling buruk pernah diterimanya.
Malah Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai, 32, ketika menjawab soalan peminat di InstaStory berkata, kerana gayanya itu dia pernah dimalukan menerusi sebuah program televisyen di Malaysia kerana gayanya itu.
Menjawab soalan lain berhubung stailnya itu kini banyak ditiru oleh orang lain, Yuna berkata, dia melihat perkara itu dari sudut positif.
Klik untuk gambar besar
Ini kerana kata penyanyi lagu 'Terukir Di Bintang' ini, gaya itu sudah menjadi stail peribadinya yang melambangkan identiti, kepercayaan, kerjaya dan kehidupannya walaupun pernah dikritik.
"Ia terpulang bagaimana anda melihat kepada sesuatu perkara itu. Meniru itu tidak baik tetapi saya suka untuk melihatnya secara positif.
"Saya tidak kisah orang meniru gaya saya kerana saya yang menghabiskan banyak masa, cari fabrik, berlatih untuk memakai turban dengan betul.
"Banyak kajian dan saya yang memberanikan diri untuk tampil stail peribadi yang sesuai dengan identiti, kepercayaan, kerjaya dan kehidupan di sebalik kritikan dan cabaran yang perlu saya hadapi di Malaysia dan Amerika Syarikat," katanya.
www.myartis.com / Sumber: mStar & InstaStory Yuna
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment