01 September 2018

LAHIR 22 OGOS - 'AYRA ANEESAH', BABY GIRL UMMI NAZEERA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Ummi Nazeera, 28, yang telah selamat melahirkan bayi sulungnya yang diberi nama Ayra Aneesah pada 22 Ogos lalu.





Difahamkan, Ummi melahirkan anaknya itu di Hospital Serdang, Kajang, Selangor, sebulan lebih awal daripada tarikh yang dijangka oleh pihak doktor.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainul Abadin melahirkan bayi perempuannya menerusi pembedahan Csect jam 11.37 malam dengan kandungan baru mencecah usia 34 minggu.

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak saya sihat dan sempurna. Fasa baharu sebagai ibu begitu indah, apatah lagi ia pengalaman pertama saya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Ummi dan suaminya, Mohd. Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, 31, menerusi laman Instagram masing-masing telah berkongsi foto puteri mereka kepada umum.

"Anak siapaaaaa la ni ... hehhehe . ❤️😍😘 may Allah protect you sayang.. Ameen #BabyAA," tulis Ummi di laman Instagram.

"Alhamdulillah.Assalamualaikum ya ahli dunia. ❤ #babyAA," tulis suami Ummi yang dikahwininya pada 23 Julai lalu.

Sebelum ini, bintang 'Bisik Pada Langit' itu berdepan komplikasi plasenta previa tahap dua dan komplikasi berkenaan menyaksikan urinya berada di bawah.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: