02 August 2018

ELLIE 'MEROYAN' TENTANG POLITIK - CHEF WAN BERI AYAT PADU


Pelakon Ellie Suriaty kini kini dilihat semakin berani dan kerap berbicara soal politik sejak isu beliau dengan lantangnya bersuara dan menyokong pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mahkamah.





Tindakan Ellie itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi chef selebriti, Datuk Chef Wan yang menganggap tindakan pelakon itu sangat tidak wajar apatah lagi Ellie masih lagi tidak puas hati dengan kekalahan Barisan Nasional pada PRU 14 yang lalu.

Menurut Chef Wan, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat berhak untuk memilih kerajaan baru yang dirasakan layak untuk memerintah.

Klik untuk gambar besar


Lebih banyak seseorang itu membuka mulutnya sebenarnya lagi nampak bodoh. Ellie tidak perlu terlalu berdrama ataupun 'meroyan' kerana ia hanya mengundang rasa menyampah orang ramai.

Terdahulu, Ellie berkata beliau berhak dan bebas untuk menyokong Najib Razak serta menyuarakan pandangannya mengenai isu politik dan sedikit pun tidak kisah dengan segala kritikan negatif netizen terhadap dirinya.

Ellie juga menafikan beliau diupah untuk untuk bermati-matian menyokong bekas PM itu dan menjelaskan apa yang beliau lakukan adalah untuk menegakkan keadilan tanpa mengharap sebarang balasan.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: