05 August 2018

FATHIA LATIFF DIKECAM LAGI - LEPAS BIGO, MEROKOK PULA


Nama Fathia Latiff sebelum ini hangat apabila sering dihimpit pelbagai kontroversi termasuk tampil seksi Bigo Live dan juga dikaitkan dengan kelantangan dalam isu politik.





Terbaru, Fathia sekali lagi dikecam selepas merokok di sesi live Instagram milik Zarina Anjoulie.

Menerusi laman Instagram @Makcik_Puaka, akaun tersebut memuatnaik rakaman semula sesi live Zarina Anjoulie yang berlangsung selama beberapa minit.

Di bahagian komen, peminat kesal dengan sikap Fathia yang seolah-olah tidak serik dengan kontroversi yang melandanya sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata peminat terkejut dan tidak menyangka pelakon jelita ini merokok kerana menurut mereka, tidak manis menunjukkan aksi tersebut secara live di Instagram.

Ramai juga meninggalkan komen-komen berkaitan cerita lamanya selain ada yang menggelarnya sebagai sundal serta yang menyentuh bab agama.

Selain kaum lelaki, segelintir kaum wanita di negara ini sebenarnya turut merokok namun mungkin situasinya jarang dilihat secara meluas.



Apa yang pasti, setiap perlakuan manusia di atas dunia ini adalah pilihan sendiri. Dia mahu live, mahu merokok dan mahu berkongsi dengan orang ramai bahawa dia sememangnya merokok itu pun adalah pilihan sendiri.

Apabila kita melihat bahawa selebriti ini tidak pernah berdosa atau membuat salah, itulah satu kesilapan peminat atau pengikut.

Semua orang ada salah dan sifat masing-masing, sama ada mahu fake atau rela dikecam asalkan jadi diri sendiri.

Ramai lagi sebenarnya barisan selebriti wanita yang merokok yang mungkin peminat tahu pun akan terkejut. Silap-silap agaknya ada pula yang buat akaun Instagram demi membongkar pelakon wanita yang merokok.




www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan & @Makcik_Puaka


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: