20 August 2018

"FOBIA GV3 MASIH MENGHANTUI" - NORA ARIFFIN


Walaupun ramai yang berharap penyanyi Nora Ariffin berbuat demikian selepas muncul dengan single baharu, 'Ada Dalam Tiada', namun isteri kepada Allahyarham Johan Nawawi ini masih menimbang keputusan untuk menyertai mana-mana pertandingan termasuk Muzik-Muzik 33.





Tanpa berselindung, Nora mengaku masih fobia dengan apa yang dilaluinya ketika menyertai pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim ketiga, dua tahun lalu.

"Fobia GV3 masih menghantui... Jika dulu, susah senang atau setiap kali berada dalam tekanan, suami (Allahyarham Johan Nawawi) boleh menjadi tempat saya berkongsi dan mengadu nasib.

"Kalau sekarang, saya sendiri tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaannya nanti,” katanya kepada BH Online.Nora sedar syarikat rakamannya, Warner Music berminat mencalonkan single terbarunya itu kepada penerbit MM 33.

Klik untuk gambar besar


"Peminat juga menyarankan saya bertanding dalam MM 33. Mereka teruja kerana dapat menerima single saya dengan baik.

"Selain itu, komposer Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen serta penulis lirik, Habsah Hassan juga berharap saya dapat sertai program itu.

"Namun, saya sendiri tak dapat nak putuskan apa-apa. Ini kerana bertanding bukan seperti menyanyi biasa. Biasalah, semua yang bertanding tentulah nak menang.“Jadi tahap tekanannya sangat berbeza," katanya.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: