20 August 2018

GELARAN 'DATUK' SUAMI DIPERTIKAI - INI KOMEN 'HUSNA'


"Biasalah, tidak semua yang kita buat boleh memuaskan hati orang. Saya ada terbaca komen yang mengatakan gelaran 'Datuk' mudah diperoleh... Tetapi hakikatnya orang tidak tahu menahu perkara sebenar.





"Terlalu cepat menilai dan memfitnah tanpa menyelidik terlebih sesuatu perkara... Selidik dulu latar belakang atau sebarang faktor sebelum menghakimi," kata pelakon Niena Baharun, 24, berhubung gelaran 'Datuk' suaminya, Aliff Firdaus Abdul Hadi yang dipertikaikan ramai.

Beliau yang tidak pernah menyangka bergelar 'Datin' pada usia muda itu meluahkan rasa syukur dilimpahi rezeki berganda selepas hamil cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi.

Niena mengulas kritikan dilemparkan netizen selepas dia memuatnaik foto mengiring suami menerima darjah kebesaran negeri Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, kelmarin.

Klik untuk gambar besar


Pelakon yang mencipta fenomena menerusi watak 'Husna' dalam drama bersiri 'Jangan Benci Cintaku' ini berkata, sebagai isteri, dia berbangga dengan pencapaian suami.

"Biar apa pun, Niena bersyukur dengan rezeki yang diberi Allah terutama selepas berkahwin. Semua sedia maklum dalam Islam pun, Allah sudah menjanjikan rezeki bagi mereka yang mendirikan masjid (berkahwin).

"Bukan saja daripada segi kerjaya, malah segala aspek seperti zuriat, kesihatan, suami dan banyak lagi. Tidak lupa juga doa daripada keluarga, peminat dan mereka yang berada di sekeliling," tuturnya.

Niena yang semakin dikenali selepas memegang watak 'Husna' melalui drama bersiri 'Jangan Benci Cintaku' berkata, dia enggan melayan komen negatif apatah lagi ketika ini sedang hamil tujuh bulan.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: