20 August 2018

"SUDU, BOTOL SAMA..." - EZZATY ENGGAN HANTAR KE PUSAT ASUHAN


Walaupun sibuk dengan tugasan harian, pelakon Ezzaty Abdullah memberitahu yang dia selesa untuk menjaga anaknya, Harum Dalia secara bergilir-gilir bersama suami yang juga pelakon, Azwan Kombos di rumah.





Ini kerana kata Ezzaty, dia mempunyai alasan tersendiri enggan menghantar anak sulungnya ke pusat asuhan seperti ibu bapa lain.

"Sebagai seorang yang pernah bekerja di taska, saya tidak mahu menyerahkan Dalia ke pusat asuhan. Selalunya, pusat asuhan akan menggunakan sudu yang sama untuk menyuapkan semua kanak-kanak ketika memberi makan.

Klik untuk gambar besar


"Kadang-kadang, anak-anak ini akan menggunakan botol yang sama ketika minum dan ada kalanya ia tidak dicuci dengan bersih.

"Jadi, anak-anak ini mudah untuk terkena penyakit kerana berjangkit dengan orang lain akibat berkongsi bekas makanan dan minuman yang sama.

"Disebabkan itu, saya dan suami mengambil keputusan untuk bergilir-gilir menjaga anak dirumah," katanya kepada Astro Gempak.







         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: