20 August 2018

MUATNAIK FOTO MESRA - ELFIRA LOY SUDAH 'BERPUNYA'?


Pelakon Elfira Loy baru-baru ini menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik foto mesra di tepi laut dengan seorang jejaka.





Melihat pada foto tersebut, kelihatan senyuman yang terukir di wajah Elfira, memang terserlah betapa bahagianya beliau sekarang.

Nampaknya Elfira kini sudah mengubati luka lamanya apabila dia sebelum ini terpaksa memutuskan tali pertunangan hanya lebih kurang sebulan sebelum tarikh perkahwinan.

Ruangan komen di akaun Instagramnya dipenuhi dengan pelbagai soalan daripada peminat, mereka ingin tahu siapakah gerangan jejaka tersebut yang berjaya mencuri hati Elfira. Ada juga yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Apapun, jika benar Elfira sudah bertemu pengganti penyanyi Sufian Suhaimi, harapnya beliau akan lebih bahagia dan kami mendoakan agar hubungan ini dapat berkekalan sehingga ke fasa yang seterusnya.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber: Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: