19 August 2018
SHAHIDA: "AGAMA MANA DOAKAN ANAK ORANG MACAM TU"
Menerusi laman Instagram, isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida Rashid telah meluahkan rasa kesal terhadap individu yang gemar menghantar mesej peribadi berbaur negatif terutama mengenai anak-anaknya di Instagram.
Kenyataan yang dimuatnaik oleh Shahida adalah sebagai amaran kepada sesetengah pihak supaya berhenti melibatkan diri serta anaknya sekiranya marah akan tindakan orang sekelilingnya.
"Hei netizen2 yg x ada akhlak dan adab....yg korang dm2 komen2 negatif dekat page saya ni kenapa?..... sila komen di page yg betul... lepas tu nak libatkan anak aku......," tulisnya
Tambah Shahida, dia sudah malas untuk berbudi bahasa lagi kerana komen yang sering diterimanya adalah biadap malah, langsung tiada kaitan dengan dirinya.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Shahida juga turut meminta para netizen untuk berhenti mendoakan perkara yang tidak elok kepada anaknya kerana tiada agama di dunia ini yang berkehendakkan sedemikian.
"Aku mmg dah malas nak berbudi bahasa dekat sini sbb korang pun tulis ayat yg kurang ajar benda yg x ada kaitan dgn aku...
"Minta tolong jgn org lain punya pasal orang lain yg kena....lepas tu nak doakn anak aku jadi cmm si polan dan si polan..... agama mana kau belajar doakan anak org mcm tu..," katanya.
Kami harap agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang kerana tiada ibu di dunia ini yang sanggup melihat anak-anak mereka dicaci maki oleh kerana kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.
www.myartis.com / Sumber: Instagram Shahida
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment