19 August 2018

ISU 'KAHWIN' - DAIYAN TRISHA MOHON MAAF, HANYA GIMIK


Ingatkan betul rupanya hanya gimik....!!

Demikian halnya dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha, 24, yang disangka oleh ramai pihak bahawa dia bakal berkahwin pada hari ini, namun semua itu hanyalah gimik semata-mata untuk single terbarunya berjudul 'Langit'.





Pelakon drama bersiri 'Sejuta Rasa Untuk Adelia' ini menjelaskan tarikh 19 Ogos 2018 sebenarnya adalah hari pelancaran single terbaharunya itu.

Atas kekeliruan khabar angin tersebut, Daiyan tampil memohon maaf selepas dirinya memuatnaik tiga gambar memperlihatkan dia dalam persalinan baju perkahwinan di Instagram miliknya.

Telahan itu bertambah kuat apabila dia turut meletakkan tarikh 19 Ogos 2018 pada tiga gambar ersebut, seolah-olah memberi bayangan ia adalah tarikh dia bakal bergelar isteri.

Klik untuk gambar besar


"Bukan niat saya sama sekali untuk menjadikan perkara ini kecoh, saya dengan rendah diri memohon maaf atas kekeliruan ini dan mungkin membuatkan ada antaranya sakit jantung!," ujarnya.

Ruang komen di Instagramnya juga turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya dan tidak ketinggalan ada yang menganggap ia sekadar gimik untuk projek terbaharunya.

Dalam pada itu, pelakon filem 'Busker' itu berkata, dia langsung tidak berniat untuk mengelirukan mana-mana pihak termasuk keluarga, rakan dan wartawan berhubung gambar-gambar tersebut sehingga timbul salah faham.



"Saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan akan berkahwin pada hari ini... Cuma mungkin salah faham apabila ada pihak percaya temu bual saya bersama sebuah stesen radio. Apatah lagi apabila ada yang memberi ucapan tahniah kerana menyangka saya akan mendirikan rumah tangga.

"Ini kerana saya hanya mahu memberi penjelasan pada hari ini di mana serentak dengan pelancaran lagu 'Langit' di laman sosial. Tidak dinafikan, saudara-mara yang jauh ramai menelefon bertanyakan hal 'perkahwinan' ini," jelasnya.

Bercakap mengenai perkahwinan, Daiyan berkata, sebagai wanita dia turut menyimpan hasrat untuk bergelar seorang isteri pada masa hadapan.

Bagaimanapun katanya, ketika ini dia masih belum bertemu dengan calon sesuai dan meminta peminat mendoakannya bertemu jodoh suatu hari nanti.








www.myartis.com / Sumber: mStar, Astro Gempak & Berita harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: