19 August 2018

VANIDAH ENGGAN KOMEN ISU DIRINYA KINI 'BERCERAI'


"Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang," kata aktres Vanidah Imran yang enggan memberi sebarang komen berhubung khabar angin mengatakan rumah tangganya dengan Rashidi Ishak sudah berakhir.





Vanidah atau lebih mesra dengan sapaan Vee, 45, berkata, dia tidak mahu memanjangkan gosip itu jika dia memberi sebarang kenyataan mengenainya.

Ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Vanidah dan Rashidi sudah tidak lagi bersama dan membawa haluan masing-masing.

Klik untuk gambar besar


Malah pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu. Difahamkan, pasangan itu berpisah cara baik dan segala hak penjagaan anak diserahkan kepada Vanidah.

Untuk makluman, Vanidah dan Rashidi, 45, berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: