19 August 2018

BERSALIN BULAN DEPAN - UMMI NAZEERA DINASIHAT BEREHAT


"Disebabkan komplikasi ini juga, saya dinasihatkan supaya tidak terlalu aktif bagi mengelakkan pendarahan. Jika pendarahan berlaku, ia boleh membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan.





"Begitupun, sikap degil pernah menyebabkan saya dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali kerana berlaku sedikit pendarahan," kata pelakon, Ummi Nazeera yang kini lebih banyak berehat, apatah lagi dirinya berdepan komplikasi plasenta previa tahap dua.

Dijangka bersalin pada bulan depan, Bintang 'Bisik Pada Langit' itu yang kini hamil 34 minggu berkata, komplikasi berkenaan menyaksikan urinya berada di bawah.

Menurut pelakon berusia 27 tahun ini, ramai dalam kalangan ibu mengandung mengalami masalah sama.

Klik untuk gambar besar


"Sepatutnya, uri ini berada di atas. Ia sebenarnya boleh bergerak dari bawah ke atas pada bila-bila masa saja, terpulang pada keadaan. Ada sesetengah ibu hamil menyaksikan uri mereka naik ke atas seminggu sebelum bersalin.

"Berikutan komplikasi ini juga, saya tidak boleh menyatakan tarikh yang tepat untuk bersalin. Apa saja kemungkinan boleh terjadi.

"Saya pula terbuka untuk berkongsi perkara ini bagi memberikan sokongan kepada wanita lain yang turut melalui keadaan serupa. Mereka tidak keseorangan.



"Insya-Allah, semuanya baik-baik dan sebab itu jugalah doktor akan menekankan supaya kita banyak berehat dan jangan terlalu aktif," ujarnya.

Sementara itu, Ummi atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin memberitahu, dia dan suami belum mengetahui secara pasti jantina bakal anak pertama mereka.

"Mungkin kami bakal menyambut anak perempuan. Namun, ia belum dapat dipastikan lagi. Lelaki atau perempuan, kami pasti menerimanya dengan penuh kesyukuran,' katanya yang kali akhir mengadakan pemeriksaan doktor kira-kira dua minggu lalu.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: