19 August 2018
TAHNIAH - 'HUSNA' KINI BERGELAR DATIN
Pelakon yang mencipta fenomena menerusi watak Husna dalam drama bersiri 'Jangan Benci Cintaku', Niena Baharun kini bergelar Datin.
Gelaran tersebut diperolehnya selepas suami, Aliff Firdaus Abdul Hadi menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk dalam satu istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.
"Ya, suami menerima Darjah Indera Mahkota yang membawa gelaran Datuk," katanya ketika dihubungi Kosmo menerusi mesej kiriman WhatsApp.
Untuk makluman, Niena mendirikan rumah tangga dengan usahawan tersebut pada 1 Februari 2018. Pelakon drama 'Sayangku Kapten Mukriz' itu kini juga sedang berbadan dua.
Klik untuk gambar besar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment