19 August 2018
"TAK MAHU GADAI MARUAH" - SALINA SAIBI TOLAK BERKEMBAN
Disebabkan enggan berpakaian separuh bogel atau berkemban, pelakon Salina Saibi memberitahu yang dia terpaksa menolak tawaran sebuah filem epik itu.
Salina, 36, berkata dia membuat keputusan itu selepas berfikir panjang dan berbincang dengan suaminya, Azmir Osman.
"Saya ada menerima tawaran berlakon untuk sebuah filem epik dua bulan lalu. Pada mulanya memang sangat teruja.
"Tapi bila berborak dengan pihak produksi memberitahu dalam filem itu saya perlu berkemban setiap masa dan ada babak mandi air terjun saya jadi berat hati.
Klik untuk gambar besar
"Selepas berfikir panjang dan berbincang dengan suami, saya terpaksa menolak tawaran tersebut," kata Salina.
Tambah Salina, biarpun sudah lama tidak muncul dalam mana-mana filem namun dia lebih mementingkan maruahnya dan menganggap ia bukan rezekinya.
Bagi pelakon drama bersiri 'Gerak Khas' ini, dia tidak perlu melakukan sesuatu seperti itu hanya semata-mata untuk membintangi sesebuah filem.
"Sebenarnya saya dah lama tak berlakon filem dan bila dapat tawaran itu sudah tentu rasa teruja. Tapi nak buat macam mana, pakaian itu terlalu seksi.
"Memanglah saya ada berpakaian seksi tapi tidaklah sampai mahu berkemban. Saya pun sudah berkeluarga dan ada anak perempuan. Saya tidak mahu gadaikan maruah demi nak berlakon filem," ujarnya.
Dalam pada itu, Salina percaya ada hikmah dan rezeki yang datang selepas menolak tawaran tersebut. Lagipun, kata Salina, sekarang ini dia masih terikat dengan drama 'Gerak Khas'.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment