19 August 2018

SEBELUM 43 TAHUN - SITI NURHALIZA IDAM SEPASANG ANAK


"Perancangan untuk mendapatkan cahaya mata masih ada. Apabila usia Aafiyah sudah mencecah setahun lebih nanti, Siti akan cuba untuk hamil lagi.





"Usia Siti sendiri sudah memasuki 40 tahun pada Januari depan dan kalau boleh, Siti mahu menimang seorang lagi anak sebelum umur melangkau angka 43.

"Maklum sajalah, sewaktu mengandung kali pertama dulu pun Siti berdepan risiko, iaitu mengalami pendarahan.

"Kalau diizinkan, Siti memang teringin untuk dapat sepasang cahaya mata, perempuan dan lelaki. Begitupun, kalau dapat perempuan juga, Siti pastinya terima dengan penuh syukur.

Klik untuk gambar besar


"Itukan rezeki," kata penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memberi tempoh sehingga tahun depan untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata seperti pernah disuarakannya sebelum ini.

Kata Siti, tempoh berkenaan dilihat amat bersesuaian bagi menambah anggota keluarga kerana dia mahu melihat puteri sulungnya, Siti Aafiyah, membesar terlebih dulu.

Jika diizinkan Tuhan, penyanyi 'Segala Perasaan' dan 'Comel Pipi Merah' itu mengaku begitu mengidamkan anak lelaki.



Ditanya apakah reaksi Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengenai hasratnya untuk kembali hamil, Siti memberitahu, suaminya tidak pernah membantah keinginannya itu.

"Kalau bukan kerana Siti melahirkan Aafiyah secara pembedahan, mungkin dia sudah pun meminta Siti hamil cepat-cepat," ujar Siti malu-malu.

Siti mendirikan rumah tangga dengan Khalid atau Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan selamat melahirkan anak perempuannya itu pada 19 Mac lalu.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: