19 August 2018

14 FOTO - PERTUNANGAN PRIYANKA CHOPRA & NICK JONAS


Akhirnya pasangan selebriti, aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra dan penyanyi popular Hollywood, Nick Jonas semalam (Sabtu) telah mengikat tali pertunangan.





"Taken... With all my heart and soul," berikut merupakan kenyataan ringkas yang ditulis Priyanka, 36, di laman sosial Instagramnya.

Manakala, Nick turut memuatnaik foto serupa dengan kapsyen romantis: "Future Mrs. Jonas. My heart. My love."

Lebih mencuit hati, Nick turut menulis komen berserta emoji hati di ruangan gambar Priyanka menyifatkan lelaki yang berjaya mencuri hati Miss World tahun 2000 itu sangat bertuah: Wow congrats. He's the luckiest guy in the world.

Klik untuk gambar besar


Dengan termeterai ikatan pertunangan ini, Priyanka dan Nick menjawab segala teka-teki yang selama ini berlegar antara kedua-dua bintang tersohor antarabangsa ini.

Nick, 25, hadir bersama keluarganya dengan memakai pakaian tradisional India dan melaksanakan beberapa ritual sebelum majlis bermula.

Majlis pertunangan itu berlangsung ringkas di hotel JW Marriot, Juhu, India dan dihadiri oleh keluarga rapat sahaja. Bagaimanapun, tarikh perkahwinan pasangan itu masih dirahsiakan.


























www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: