20 August 2018

'PERGI MAMPUS' HAQIEM RUSLI' - NOH HUJAN DIPERSOAL


Ungkapan penyanyi Noh Hujan ketika persembahan penuh bertenaga baru-baru ini bersempena Love Suria Charity telah menjadi perhatian warga laman sosial dan pastinya penyokong setia Haqiem Rusli kurang senang dengan perkara tersebut.





Dalam petikan video persembahan yang dikongsi oleh salah seorang pengunjung yang hadir, Noh telah menyebut "pergi mampus Haqiem Rusli" dan disambut dengan sorakan peminatnya.

"Buktikan bahawa independent boleh tapau mainstream. Pergi mampos Haqiem Rusli," katanya bersahaja.

Status dan petikan video yang dikongsi di laman Twitter milik penonton itu telah menarik perhatian peminat Haqiem.

Klik untuk gambar besar


Melalui 'perbalahan' di laman sosial, penyokong Noh menyatakan apa yang dinyatakan Noh ketika itu hanyalah gurauan semata.

Namun perkara ini turut menerima reaksi berbaur dari kalangan netizen kerana menyifatkan apa yang diluahkan oleh Noh itu adalah kasar.

Selain itu, ada yang mempertikaikan penampilan dan perlakuan Noh pada persembahan itu dengan gelaran haji yang dibawanya.



Bagaimanapun, Noh sebelum ini turut pernah bersuara ketika Haqiem masih panas dengan isu depresi yang didakwa hanyalah untuk melariskan album terbarunya.

Malah berkaitan isu depresi Haqiem sebelum ini, ramai rakan artis yang turut menyuarakan pandangan agar tidak mempermainkan isu sensitif tersebut demi promosi album.

Apa pun, pastinya Noh mempunyai jawapan tersendiri mengapa dia bertindak sedemikian pada persembahannya itu.

Mungkin gimik Noh, manalah kita tahu bukan? Nabila Razali, Haqiem Rusli serta Daiyan Trisha ada gimik, apa salahnya artis lain pun nak buat gimik juga'kan?


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: