20 August 2018

INDIVIDU DAKWA ALIFF AZIZ 'MENIPU & SONGLAP DUIT'


Sekali lagi nama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz menjadi kontroversi apabila beliau didakwa menipu dan enggan memulangkan kembali wang yang dipinjam dari seorang usahawan muda.





Menerusi satu kenyataan di Facebook Rashidi Ramli, Aliff beberapa kali merayu untuk meminjam duit daripadanya dan berjanji akan mempromosikan produk wangian individu itu dalam tempoh lapan minggu di akaun Instagramnya.

Merasa kasihan dengan keadaan Aliff yang sangat terdesak, usahawan tersebut meminjamkan ribuan ringgit kepada artis tersebut.

Malangnya, Aliff tidak menunaikan janji yang telah dibuat dan boleh pula memutarbelitkan kenyataan beliau sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


Apa yang didakwa oleh Rashidi bukanlah sekadar cakap kosong sahaja, beliau ada menyertakan bukti mesej perbualan mereka di WhatsApp serta slip transaksi pemindahan wang ke dalam akaun Aliff.

Bukan Rashidi seorang sahaj ditipu, malah beberapa rakannya termasuk pihak pengurus acara turut menjadi mangsa penipuan Aliff.

Ketika itu Aliff dijemput sebagai artis jemputan namun pada saat akhir beliau telah membatalkannya dan menyebabkan pihak pengurusan acara itu megalami kerugian.

Adakah segala dakwaan ini benar? Betul ke Aliff sangat terdesak sehingga terpaksa menipu. Kami harap beliau dapat tampil memberikan penjelasan lanjut mengenainya.










www.myartis.com / Sumber: Facebook Rashidi Ramli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: