20 August 2018
"DOSA SAYA DENGAN TUHAN" - FASHA SANDHA
"Saya pakai baju tu, ketika saya bertugas dan itu dosa saya dengan Tuhan. Kenapa awak yang panas sangat ni? Siapalah kakak ni kan? Memalukan kaum orang berhijab, kata-kata tidak seperti orang berhijab, kata-kata tidak seperti penampilan.
"Apapun, terima kasih ya Kakak. All the best to you. Lagi satu, ini IG saya, suka hati saya nak tutup komen ke nak buka komen ke nak buat apa pun, awak tak payah sibuk," antara petikan kata pelakon Fasha Sandha, 34, di laman Instagramnya.
Status tersebut dimuatnaik oleh Fasha selepas dirinya berasa berang sekaligus menegur tindakan seorang individu yang memberi komen negatif terhadap pemakaiannya di laman sosial pada Ahad.
Fasha turut memuatnaik foto wanita itu yang didakwa menulis komen negatif menegur tentang baju paras dada yang dipakai Fasha pada salah satu foto di Instagram miliknya.
Klik untuk gambar besar
Individu yang menggunakan akaun @Monalizarazali ini meninggalkan komen, mempersoalkan tindakan pelakon itu menutup ruangan komen pada foto tersebut.
Sementara itu, Fasha menganggap tujuan individu itu menulis komen berkenaan hanya untuk meraih perhatian semata-mata.
Selain itu, pelakon 'Mami Jarum' ini turut mengingatkan agar tidak ada lagi netizen yang memberi komen negatif dengan niat untuk membuli artis.
"Tak suka kita, tapi follow kita, suka nak ambik tau pasal kita, nak perhatian, i bagi promosi percuma pada awak. Biar pengikut awak bertambah," tulisnya lagi.
www.myartis.com / Sumber: Instagram Fasha Sandha
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment