20 August 2018

TARIAN 'BOBO DIMANA' ALIFF SYUKRI TERIMA KRITIKAN


Lagu terbaru Datuk Seri Aliff Syukri berjudul 'Bobo Dimana' yang bakal dilancarkan hujung bulan ini, telah menerima kritikan hebat selepas jutawan kosmetik itu memuatnaik video menyanyikan teaser lagu berkenaan bersama Nur Sajat dan selebriti Indonesia, Lucinta Luna menerusi Instagram miliknya.





Apa yang menjadi perhatian ialah ada dikalangan netizen yang kurang gemar dengan tarian cukup 'mengundang' yang dipaparkan dalam video tersebut.

Selain ada sukakan lagu tersebut, ada juga dikalangan netizen yang meluahkan rasa kecewa dengan Aliff Syukri kerana video berkenaan dilihat lucah dan terutama sekali aksi daripada Sajat dan Lucinta yang berpakaian seksi.

Klik untuk gambar besar


Menerusi video tersebut, Aliff turut memberitahu muzik video lagu berkenaan menelan kos paling mewah iaitu sebanyak 2 miliar rupiah.

Walaupun mendapat kecaman teruk daripada netizen, namun setakat ini video tersebut sudah pun ditonton sehingga 800,000 kali.










www.myartis.com / Sumber: Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: