20 August 2018
"BANGUNLAH MAK, HILANG RASA SEGALANYA" - LINDA RAFAR
Menerusi laman Isntagram, penyanyi Linda Rafar telah memohon orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibunya, Rasimah Abdul Rahman yang tidak sedarkan diri akibat masalah kesihatan.
Dalam status tersebut, Linda telah berkongsi gambar bersama ibu dan menulis luahan yang membuatkan ramai peminatnya sebak.
"Mak, bangunlah mak, sila kuat dan lawan. Mak kan kuat macam Linda. Mak sejak mak sakit dan tak sedar, Linda lost mak, hilang rasa segalanya.
Klik untuk gambar besar
"Selalu mak akan call pagi, malam, sekarang dah tak ada. Sembuhkanlah mak aku, nak spent time dengan dia buat kali terakhir," tulisnya.
Rata-rata pengikut Linda ini mengakui tersentuh dengan status yang dimuatnaik oleh isteri kepada Syed Aiman.
Selain itu, netizen berharap agar ibu Linda segera sedar serta sembuh daripada penyakit yang dialami.
www.myartis.com / Sumber: Instagram Linda Rafar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment