20 August 2018

'SYARIFAH NUR ASMAA' - PUTERI SALIMA HABIBI (AF4)


Pada 11 Ogos lalu, bintang Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4), Salima Habibi telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi perempuan secara normal.





Meneusi Entri lain, Salima memberitahu yang dia dan suaminya telah sepakat menamakan bayi keduanya mereka, Syarifah Nur Asmaa'.

Selain berkongsi wajah anaknya, Salima turut menjelaskan sebab dan makna nama itu dipilih.

"Bayi kedua kali ini Mommy dapat greenlight untuk namakan anak ini dengan keredaan dan perbincangan dengn suami juga.

"Kalau dulu Syed Ahmad Rayyan dinamakan sempena nama guru kepada suami, kali ini nama yang dipilih ialah Syarifah Nur Asmaa' binti Syed Abdul Kadir Aljoofre.

Klik untuk gambar besar


"Bersempena dengan nama sahabat zaman Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidah Asma' binti Sayyidina Abu Bakr Assiddiq.

"Moga Asmaa' membesar sebagai hamba Allah yang taat pada Allah tidak kira waktu dan keadaan, mencintai nabi dalam bahagia dan duka, anak solehah, ahli syurga, pejuang agama, hidup dalam kemuliaan, pengakhiran husnul khatimah," tulisnya.

Bagaimanapun, Salima memaklumkan dia kini dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu atas masalah kesihatan selepas bersalin.

Penyanyi itu telah berkahwin sebagai isteri kedua kepada Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre pada 30 November 2013. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak lelaki yang berusia tiga tahun.












www.myartis.com / Sumber: Instagram Salima Habibi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: