17 August 2018

HAMIL ANAK KEDUA - FARHAN AF4 BERSALIN MINGGU DEPAN


"Sebenarnya, saya memang tak mahu berkongsi kehamilan kedua ini. Sebab itulah ramai yang tak tahu. Cuma hari ini, tergerak pula hati menghebahkannya di Instagram," kata penyanyi Farhan Azizan yang dalam diam-diam rupanya hamil anak kedua.





Farhan yang digilap bakatnya daripada program realiti Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu berkongsi berita gembira tersebut melalui laman Instagram.

Hasil perkongsian hidup dengan Ahmad Rashadan Suhaimi, mereka dikurniakan seorang puteri bernama Souffea Zulaeqha yang berusia setahun enam bulan.

Farhan berkata, dia hanya menunggu masa untuk bersalin dan sebagai kejutan, dia tidak mahu bertanya doktor mengenai jantina anak keduanya itu.

Klik untuk gambar besar


"Saya dijangka bersalin minggu depan. Saya tak ambil tahu pun jantina anak kali ini... Biarlah jadi kejutan. Kehamilan kali ini juga sama seperti yang pertama, tiada beza pun.

"Malah, saya masih menyanyi. Saya selalu mengajar diri untuk aktif dan pada masa sama, berhati-hati menjaga kandungan.

"Nikmat bergelar ibu sudah dialami dan sekarang berganda lagi... Alhamdulillah," tuturnya yang bernikah pada Oktober 2014.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: