17 August 2018

ISU NOTIS MUFLIS - INI REAKSI ELFIRA LOY


Baru-baru ini telah tersebarnya sebuah foto notis muflis yang tertera nama lengkap pelakon Elfira Loy dan perkara itu mendapat pelbagai persoalan antara 'adakah benar beliau sudah bankrap dan lari dari bayar hutang'?





Foto pada satu fail yang tertera nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu dimuatnaik menerusi Instagram 'Makcik Puaka'.

Tidak mahu lebih banyak lagi spekulasi liar mengenai dirinya terus diperkatakan, Elfira tampil dengan respon balas terhadap isu tersebut menerusi lamana Instagram.

Dalam muatnaik itu, Elfira memberitahu ada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya dengan pelbagai cara termasuk sanggup menyebarkan fitnah.

Klik untuk gambar besar


Katanya, pihak itu mendedahkan kesalahan yang mungkin betul atau salah terhadap dirinya dengan tujuan tertentu.

"Kalau orang nak jatuhkan orang lain dia akan usaha pelbagai cara untuk membuat orang percaya kepada fitnah. Begitu yakin membentangkan kesalahan dan kesilapan yang mungkin betul atau salah," tulisnya pada Khamis.

Dalam pada itu, Elfira berkata, setiap ujian yang datang kadang-kala hadir untuk mengajar atau menaikkan darjat seseorang di sisi Tuhannya. Katanya lagi, dia hanya mampu tersenyum dan mendoakan yang terbaik.



"Persoalannya, kenapa begitu murah hati membuang perasaan baik yang ada pada hati hanya kerana dengki? Bagaimana anda boleh begitu yakin yang dunia tidak akan berputar dan jatuh pada batang hidung sendiri.

"Hidup ni kena sentiasa berpada-pada kerana ujian tidak pernah hadir pada saat kita diduga. Kadang ia hadir untuk mengajar kita kadang ia hadir untuk menaikkan darjat kita disisNya.

"Saya, macam biasa hanya mampu melihat dan tersenyum mendoakan yang terbaik kerana yang baik tidak datang pada lisan tapi pada perbuatan," ujarnya.

Sebelum ini Elfira menghadapi kontroversi selepas pertunangannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi putus.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: