16 August 2018

ALHAMDULILLAH - FOUZIAH GOUS TUNAI HAJI BERSAMA SUAMI


Selain Betty Banafe dan Zahida Rafik, pelakon Fouziah Gous, 35 turut terpilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada tahun ini bersama suaminya, Zhafran Yusof, 35.





Fouziah yang berkongsi berita gembira menerusi akaun Instagram miliknya berkata, dia dan suami berangkat ke tanah suci Mekah pada hari ini.

"Syukur Alhamdulillah, saya Fouziah Gous dan Zhafran Yusof dengan penuh takzim ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan menunaikan fardu haji 1439H dan akan berlepas ke tanah suci hari ini.

"Di kesempatan ini, kami menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kekhilafan secara sengaja atau tidak," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Pelakon yang popular dengan drama 'Senafas Cinta' itu turut meminta agar peminat mendoakan keselamatan mereka sepanjang berada di sana.

Terdahulu, Fouziah yang berkahwin pada 21 September 2013 dikurniakan dua orang anak iaitu Zeeshan Yusuf, 3, dan Zaheen Yusuf yang berumur sembilan bulan.

Selain Fouziah, antara selebriti yang turut menunaikan ibadah haji pada tahun ini ialah pelakon Betty Banafee yang telah berangkat semalam.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: