16 August 2018

"JANGANLAH SUKA BUAT FITNAH" - WAN MAIMUNAH RAYU HENTIKAN


"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang saya ada bersama dengan Datuk DJ Dave yang datang menziarahi saya.





"Dia saksikan, Allah masih sayangkan saya, masih bagi saya nyawa dan nafas," kata dramatis Wan Maimunah yang memohon agar tiada lagi pihak yang menyebarkan fitnah kononnya dia telah meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Alor Gajah, Melaka sejak Sabtu lalu.

Wan Maimunah menerusi rakaman video yang dikirimkan kepada mStar Online melalui presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave yang melawat pelakon itu memberitahu dia masih lagi bernyawa dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang tuduhan.

Pemilik nama sebenar Wan Maimunah Wan Aziz, 64, itu dimasukkan ke hospital berkenaan akibat sesak nafas dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Pada akhir November 2016, pelakon terkenal dengan watak air mata itu pernah dimasukkan di Hospital Jasin, Melaka akibat komplikasi penyakit yang sama dan jantung bengkak.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Wan Maimunah yang turut mengalirkan air mata dalam mesejnya memberitahu fitnah yang tersebar itu akan menyusahkan orang lain termasuk kaum keluarganya.

Malah paling membimbangkan sekiranya berita tidak benar itu sampai ke pengetahuan anaknya yang kini bekerja di luar negara. Ini kerana katanya, signal telefon di hospital kadang-kadang tidak berapa baik.

Tambahnya, dia tidak berasa marah apabila difitnah sebegitu dan merayu agar menghentikan perbuatan itu kepada orang lain juga.

"Saya tak marah pada orang yang fitnah tapi tolong, sya merayu jangan buat dekat orang lain. Terima kasih, Assalamualaikum," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: