16 August 2018

DITUDUH HIPOKRIT, 'BAJET' ISLAMIK - ADAM CORRIE KESAL


Menerusi laman Twitter, pelakon Adam Corrie Lee telah meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pengguna media sosial yang memerlinya.





Adam memberikan respon terhadap netizen yang menuduhnya hipokrit dan sering memuatnaik status 'bajet' Islamik.

"Saya sekarang dah muslim, kena la tulis cara orang Islam. Tak kan nak tulis cara orang bukan Islam, tak kan la tweet bajet kafir pula. Minta simpang," tulisnya di Twitter.

Netizen yang menyokong tindakan Adam itu turut memberikan kata-kata semangat kepada pelakon filem 'KL Gangster' itu.

Untuk makluman, Adam Corrie yang berasal dari Pulau Pinang telah memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: