08 August 2018

"KENA HORMAT & BIAR SAYA NYANYI HABIS" - SYAMSUL ICSYV (MY)


Peserta 'I Can See Your Voice (Malaysia)' iaitu Mohd Syamsul Nordin mengakui terkejut dan tidak menyangka penyanyi Haqiem Rusli akan melakukan perbuatan sedemikian kerana ia agak kurang sopan.





Penyanyi lagu 'Selamat Tinggal Sayang' yang menganggap perbuatan dia merampas mikrofon daripada Mohd Syamsul, 19, sebagai gurauan bagi memeriahkan program tersebut sebenarnya mendatangkan kemarahan bukan sahaja netizen malah buat peserta program tersebut.

Menurut Syamsul, tindakan itu sememangnya tidak wajar dan sepatutnya Haqiem membiarkan dia menghabiskan nyanyiannya terlebih dahulu sekalipun suaranya sumbang.

"Pendapat saya, mungkin tindakan Haqiem itu tidak wajar dilakukan apatah lagi dia seorang artis. Kerana setiap tindak tanduk anda diperhatikan.

"Biarpun suara saya sumbang, sepatutnya dia kena hormat dan membiarkan saya menyanyikan lagu sampai habis. Kalau tonton program itu versi Korea, juri-juri mereka tidak akan melakukan seperti itu.

Klik untuk gambar besar


"Tapi saya tak marah dia, cuma rasa terkejut dan tak sangka Haqiem tiba-tiba naik ke pentas dan rampas mikrofon itu," kata Syamsul ketika dihubungi mStar Online.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Haqiem selaku salah seorang juri pertandingan itu naik ke pentas lalu merampas mikrofon ketika Mohd Syamsul membuat persembahan dengan menyanyikan lagunya 'Tergantung Sepi'.

Dalam pada itu, tambah Syamsul, keluarganya juga tidak berpuas hati dengan insiden berkenaan namun mereka mengambil perkara itu secara positif.

Dia menyertai program tersebut sekadar ingin menghiburkan orang dan tidak kisah apa yang diperkatakan walaupun suaranya tidak seperti diharapkan.



"Keluarga saya ada juga meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan Haqiem itu tapi mereka kata ambil benda itu secara positif.

"Yang negatif itu, kita hiraukan sahaja. Perkara itu pun dah berlalu. Saya sertai program itu pun sebab nak hiburkan orang," ujarnya.

Dalam pada itu, remaja yang berasal dari Tawau, Sabah ini meminta Haqiem lebih berhati-hati selepas ini.

Pertandingan yang disiarkan di NTV7 itu membariskan Mark Adam, Jihan Muse dan Seelan Paul selaku juri tetap manakala juri jemputan minggu lalu ialah Haqiem Rusli, Naz Rahman dan Cakra Khan.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: