08 August 2018

KERANA KARIPAP - DATUK SERI VIDA KENA KECAM


Nama Datuk Seri Vida yang sudah lama tidak dihimpit dengan sebarang kontroversi panas, kini kembali menjadi bualan hangat selepas beliau memuatnaik video di Instagramnya yang dikatakan kurang sopan.





Menerusi video tersebut, usahawan kosmetik ini menyamakan 'karipap' dengan alat sulit wanita untuk mempromosikan produk yang mampu merapatkan bahagian intim wanita selepas bersalin, serta menunjukkan demonstrasi bagaimana produk itu bertindak.

"KARIPAP LOHONG.. . LOHONGGGGG kepada KETAT RAPAT!!!! . Suami tak cari lain. Setiap malam macam malam pertama.. Cik abang senyum lebarr.. Nak tau rahsiaaa?… komen nak!! . Extra grip vida collagen .. OFFER OFFEERR!! . SPE CEPAT DIA KETATT.. Xtra Grip.. . 3 kotak Rm100 je.. wasap 0132197975 (Hanif) . Cer tag kawan yg dah beranak.. Kut kut ada masalah gini.. Sy nak bg free Vida Collagen," tulis Datuk Vida.

Klik untuk gambar besar


Tindakan Datuk Vida itu mengundang kecaman netizen yang merasa jijik dan ada yang menganggap perbuatan beliau itu dikatakan tidak bersyukur kerana mempermainkan makanan.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa menyampah dengan Vida dengan sikapnya yang semakin pelik dan gedik.

Kalau ikutnya ada banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mempromosikan produk. Namun ramai yang memilih untuk melakukan sesuatu yang kontroversi sehingga tidak kisah untuk memalukan diri sendiri asalkan produk mereka laris.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: