04 August 2018

KENA JANGKITAN - ANAK ALIFF SYUKRI, BAEM MASUK HOSPITAL


Ekoran jangkitan pada seluruh tubuh, baru-baru ini anak ketiga pasangan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida iaitu Ibraheem Adham telah dimasukkan ke hospital.





Bagaimanapun, penyakit terbabit disahkan bukan virus Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) atau demam campak, sebaliknya sejenis jangkitan.

"Akhirnya Baem ke wad jua. Bukan HFMD bukan campak tapi sejenis jangkitan. Mula-mula macam gigitan nyamuk sahaja di kaki, dalam masa sehari je merebak ke satu badan termasuk bibir, muka dan telinga sekali.

Klik untuk gambar besar


"Dekat tapak tangan dan kaki pun ada... Semalaman tak tidur sebab gatal-gatal. Mula-mula kecil lama-lama dia jadi besar bulat-bulat," tulis pengendali akaun @baem_adham.

Sebelum Baem, anak sulung Aliff, Ammar Ahyan dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan mata pada awal minggu lalu.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & @baem_adham


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: