06 August 2018

KERACUNAN MAKANAN - ELVINA CEMAS KANDUNGAN TAK BERGERAK


"Semalam bayi dalam kandungan saya tidak bergerak satu hari selepas saya keracunan makanan. Selepas buat pemeriksaan, doktor beritahu badan saya kurang air dan muntah-muntah.





"Saya risau sangat kerana itu pertama kali saya tidak rasa bayi ini bergerak dan perasaan sangat takut sepanjang dalam perjalanan ke hospital saya hanya berdoa agar semua selamat," ujar pelakon Elvina Mohamad.

Mula dikenali ramai melalui watak Dayana dalam 'Drama Cinta Si Wedding Planner', Elvina mengakui cemas apabila bayi dalam kandungannya yang kini berusia tiga bulan tidak bergerak selepas dia mengalami keracunan makanan pada Sabtu.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 23, berkata perkara itu berlaku ketika dia dan suami berada di Melaka atas urusan kerja.

Bagaimanapun, Elvina bersyukur, apabila doktor mengesahkan bayi dalam kandungannya itu berada dalam keadaan baik.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pelakon 'Isteri Untuk Diiktiraf' ini berkata, doktor menasihatkan agar dia tidak melakukan kerja-kerja berat yang boleh menjejaskan kandungannya.

Tambahnya, dia juga akan berehat daripada bidang lakonan sehingga selepas bersalin atas permintaan suami.

"Alhamdulillah bayi selamat dan doktor nasihatkan agar saya tidak banyak berjalan kerana kandungan masih belum kuat. Sekarang juga saya sudah berehat sementara daripada lakonan sehingga selamat bersalin nanti.

"Ini bayi pertama jadi saya bimbang dan takut kalau apa-apa berlaku," katanya yang berkahwin dengan Datuk Mohd Haniff, 32, pada 18 Mac lalu.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: