06 August 2018

"If I KAHWIN, ORANG LAIN DAPAT TITLE JANDA HOT" - FASHA


Sehingga kini, pelakon Fasha Sandha tidak henti diajukan soalan bila agaknya beliau akan berkahwin sejak mula terbuka berbicara mengenai hubungan mesra bersama Aidil Aziz.





Menjawab soalan mengenai perkahwinan yang ditanya oleh netizen menerusi Ask Me Question di Instagram, Fasha memberitahu beliau menyerahkan soal itu kepada pihak lelaki.

Secara jujurnya, ibu kepada dua orang anak ini sangat bahagia menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

Dalam pada itu, Fasha sempat juga bergurau dan mengatakan: "If I kahwin nanti orang lain dapat title janda paling hot".

Apa-apa pun, Fasha tetap meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya. Biarlah Fasha dan Aidil mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam, jika ada jodoh pasti tidak kemana.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: