06 August 2018

RAMPAS MIC PESERTA ICSYV (MALAYSIA) - HAQIEM RUSLI DIKECAM


Pasti semua sudah menonton rancangan realiti 'I Can See Your Voice versi Malaysia' episod pertama yang menampilkan penyanyi Cakra Khan sebagai artis pada Sabtu lalu.





Namun begitu, netizen telah meluahkan rasa bengang mereka apabila penyanyi muda, Haqiem Rusli yang bertindak sebagai panel itu membuat hal.

Dalam rancangan yang mengambil konsep korea itu, Haqiem dilihat telah merampas mic dari salah satu peserta tersebut yang menyanyikan lagunya 'Tergantung Sepi' dengan sumbang.

Klik untuk gambar besar


"OMG Haqiem Rusli is cancelled again. Kau tau ke tak nature rancangan I Can See Your Voice tu nok. Aku peduli apa suara adik tu sumbang ke apa ke motepp p rampas mic?

"Menyirap jugak aku tengok yihh. Mohon lepas ni jangan jemput dah artis macam ni pls. #ICanSeeYouVoicemalaysia," kata netizen yang menggunakan nama @_amalinanazeri.

Sebelum ini, nama Haqiem menjadi bualan ramai selepas mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan dirinya terfikir untuk berhenti daripada nyanyian akibat masalah tekanan berikutan ada yang berpendapat itu hanyalah gimik demi single baru.










www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: