23 August 2018

KORBAN LIMA EKOR - MILA JIRIN NAFI MENUNJUK, RIAK


Tindakkan penyanyi Mila Jirin menjelaskan Bizmilla Catering melakukan ibadah korban sebanyak lima ekor lembu pada tahun ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang mendakwa ingin menunjuk-nunjuk.





Bagaimanapun, Mila menerusi entri di Instagram (IG) telah tampil menafikan dan menyelar tindakan orang ramai yang mendakwa dia sedemikian.

Dalam Entri yang sama, Mila berharap agar netizen tidak salah faham dengan tindakkannya itu selepas perjelasan tersebut.

"Pada yang DM atau komen di pos sebelum ini yang menyuruh saya supaya tidak menunjuk-nunjuk amalan/perbuatan yang dibuat. Ini jawapan untuk kalian.

Klik untuk gambar besar


"Sumbangan Qurban ini under my company. We as a corporate company have to tell our CSR Program as our company activity.

"Bukan atas dasar nak menunjuk, riak, show off (apa sahaja ayat yang korang cakap). Sifat menunjuk-nunjuk itu bukan saya. Harap Maklum.

"Setiap apa yang kita buat, Allah yang mengadili bukan kita manusia. Tak baik terus jatuh hukum pada niat seseorang.

"Jika tak tau lebih baik diam dari berkata kata tetapi menyakitkan hati orang lain. #SelamatHariRayaAidilAdha," tulisnya.






www.myartis.com / Sumber: Instagram Mila Jirin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: