23 August 2018
"SUAMI MENGIDAM & ALAH. SIAPA GENG?" - KHAI AF
Menerusi laman Instagram, bekas pelajar Akademi Fantasia 1 (AF1), Khai telah memuatnaik video dia bersama isterinya, Rosma yang sedang berada di klinik.
Khai berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya dengan berkata: "Isteri pregnant, suami mengidam dan alah (alahan). Siapa geng?"
Menurut Khai, dia sudah lama tidak merasa mengidam makanan pelik-pelik sehinggalah baru-baru ini dia merasakan sesuatu tidak kena pada badannya.
Klik untuk gambar besar
Dedah Khai, selama ini dia pasti mengidam hendak makan sesuatu setiap kali isterinya yang juga AF1 itu hamil.
Justeru itu, dia segera membawa Rosma ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut. Video itu dipercayai dirakam sebelum mereka berjumpa doktor dan mengetahui keputusannya.
Namun entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata telah pun mengucapkan tahniah. Sehingga kini, tiada sebarang kemas kini mengenai kesahihan berita tersebut.
www.myartis.com / Sumber: Instagram Khai & Rosma
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment